Thursday 1 August 2013

Stok Susu IgG-Plus Dah Sampai ......

Kalau nak order .... silakan!
(tawaran istimewa : subsidi kos poslaju Jabatan Pos Malaysia)

Kat bawah nih saya copy paste entri dari Facebook Ustaz Zahazan - apa yang saya nak katakan di sini ialah saya teruja dengan tips sahabat baik Ustaz Zahazan tu.Jom kita hayatinya....

Ustaz Zahazan Mohamed

Alhamdulillah hari kedua kami di JB tempohari menyempatkan pertemuan dengan sahabat baik saya Syeikh Mustaza b. Abdullah,pemilik rangkaian syarikat perniagaan Larkin & Amirah Bookstores.

Walaupun seperti  biasa pertemuan kami agak singkat kerana kesibukannya sebagai ketua keluarga yang amat bertanggungjawab,ketua masyarakat yang komited dan bisnesman yang dihormati,namun saya mempelajari daripadanya kualiti-kualiti berikut.

Dan saya mendapati ramai yang Berjaya dalam berbagai bidang hidup memiliki pola berfikir sepertinya,

jom share sama-sama.

Kongsi tips maju berniaga menurut ahli perniagaan hebat dari JB ini :

 1. Utamakan hak Allah swt & orang lain dalam perniagaan

2. Tinggalkan perkara syubhat apatah lagi yang haram

3. Bantu orang lain dengan ikhlas

4. Bahagikan masa secara sistematik dalam hidup

5. Bayar hak orang tanpa menzaliminya.

6. Bangun awal setiap hari, Programkan minda anda untuk berbakti pada semua orang.


Tahniah sahabat, moga petua berharga ni dapat kami amalkan untuk memajukan umat ke arah menjadi muslim yang berwibawa....